Hadi Awang selaku Presiden PAS mengecam media yang menyebarkan laporan media mengenai individu yang disyaki bersalah walaupun kes tersebut masih belum dibicarakan di mahkamah. Hadi memberi penjelasan bahawa, ‘Islam mewajibkan maruah manusia itu dihormati termasuklah mereka yang sudah nyata melakukan kesalahan’. Tidak dapat dinafikan bahawa, beliau sekali lagi menggunakan naratif agama untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap isu tersebut supaya pihak yang berkuasa dapat menggelakkan daripada akauntabiliti tertentu.
Pertama, media dilihat sebagai kuasa keempat dalam sistem demokrasi, peranan utamanya adalah memantau kerajaan dan pihak berkuasa sama ada mereka melaksanakan tanggungjawab mereka atau tidak. Dengan ini, laporan yang disediakan oleh wartawan penyiasat Lalitha dan media adalah berdasarkan fakta dan adalah satu persoalan yang memenuhi kepentingan awam.
Jika Azam Baki berasa laporan media tersebut adalah salah, beliau sepatutnya memberi bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Namun, beliau memilih untuk memberi alasan yang tidak menyakinkan -‘akaun dipinjamkan oleh adik untuk membeli saham’- dan cuba menyelesaikan isu tersebut. Selain itu, beliau sepatutnya melindungi pemberi maklumat mengenai skandal rasuah, namun, beliau mengeluarkan surat guaman dan menuntut 10 juta ringgit daripada pemberi maklumat apabila beliau dituduh bahawa disyaki memiliki jumlah saham melampau.
Kedua, ahli politik di Malaysia selalu memanipulasi dan membangkitkan isu kaum dan agama untuk memisahkan rakyat Malaysia dan mengelakkan diri daripada akauntabiliti. Sejak zaman dahulu, mereka telah banyak kali menggunakan isu agama untuk mengalihkan tumpuan oran ramai daripada masalah kerajaan yang rasuah dan tidak cekap.
Sebagai contoh, dalam menjelaskan faktor berlakunya banjir kilat, Takiyuddin cuba mengelakkan daripada akauntabiliti dengan mengatakan bahawa banjir kilat disebabkan oleh pembalakan mahupun perbuatan Allah. Apabila rakyat mula mengibarkan bendera putih disebabkan ketidakcekapan kerajaan, Nik Abdul selaku Musyidul Am bagi PAS menyalahkan segalanya atas ujian Allah dan rakyat tidak sepatutnya mengaku kekalahan dengan mengibarkan bendera putih. Apabila isu logo Halal palsu disebabkan oleh rasuah menjadi itu hangat, Ahmad Yunis Hairi sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengatakan pula bahawa perkara yang sudah habis itu tidak perlu dibangkitkan lagi. Perbuatan-perbuatan di atas yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat adalah disebabkan kerajaan yang rasuah dan tidak cekap. Untuk mengelakkan daripada akauntabiliti, ahli politik memilih untuk menindas perbincangan berkenaan dan mencipta isu perkauman atau agama bagi mengalihkan tumpuan orang ramai.
Kini, Hadi Awang sekali lagi menggunakan naratif agama untuk mengalihkan tumpuan orang ramai daripada masalah rasuah dalam kalangan pihak berkuasa. Beliau sebagai seorang ahli Parlimen, beliau sepatutnya bertindak atas kepentingan awam, menyeru pencegahan rasuah dan menyokong untuk menyiasat Azam Baki tetapi bukan melindungi pegawai di SPRM yang disyaiki berasuah.
Selepas kita faham bahawa bagaimana ahli politik menggunakan naratif perkauman atau agama untuk mengelakkan daripada akauntabiliti, kita perlu
(1) mengkritik dengan tegas terhadap Hadi Awang dan naratif perkauman atau agama yang lain yang dicipta untuk mengalihkan tumpuan orang Malaysia supaya pegawai kanan atau ahli politik boleh mengelakkan diri daripada akauntabiliti
(2) Seterusnya, kita perlu mengalihkan balik tumpua kita kepada isu yang lagi penting iaitu rasuah dan salahguna kuasa. Kita perlu:
(a) Menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki supaya beliau menarik balik surat guaman dan berhenti segala gangguan terhadap wartawan tersebut
(b) menyeru kerajaan supaya menyiasat tuduhan terhadap Azam Baki, mengalakkan transformasi dalam SPRM untuk menyelesaikan masalah budaya rasuah dalamnya, menjaga reputasi SPRM dan negara.
(c) menyeru kerajaan supaya menilai semula Akta Pemberi Maklumat 2010, dan serta-merta mengembangkan dan memperkukuh skop perlindungannya;
(d) menyeru terhadap kerajaan untuk mengalakkan dan menubuhkan Majlis Media Malaysia yang bebas untuk mengelakkan kerajaan atau pihak berkuasa yang lain menjadi satu-satunya penimbang tara di Malaysia dan
(e) menyeru kerajaan supaya memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.Dalam suasana rasuah yang berleluasa ini, Malaysia amat memerlukan lebih banyak laporan yang dapat mendedahkan skandal dan pemeriksaan media yang lebih tegas supaya kerajaan dan pihak berkuasa dapat dipantau dengan lagi berkesan.
Published in The Malaysian Insight: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/361298
Published in Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/01/jangan-guna-agama-alih-tumpuan/